Thank you appeared in my life even for a while and it was very meaningful to me .

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Pengikut Setia ♥

Pasrah atau Redha ?

Inilah aku kalau pura-2 t'sennyum dan gembira ;)


      Lamakan aku tak update status tetiba aku rasa nak update sebab aku tak ada tempat nak luahkan apa yang terpendam . Korang semua sihat tak ? Yang tak sihat tu pegi laa makan ubat tak kan nak tunggu aku suapkan kot , haha . Kehidupan seseorang tak laa seindah yang korang semua fikirkan tau tak , setiap orang ada masalah sendiri , betul tak ?

     Hmm , kan seronok kalau aku mempunyai tubuh badan yang sentiasa sihat macam orang lain . Kenapa mesti aku ? KENAPA ? Aku selalu jatuh sakit dan aku ingat kan semua tu perkara biasa sebab aku mungkin lemah , macam tak percaya kan aku lemah ? Aku kan pandai berlakon , siapa tak kenal fatin seorang yang periang , suka buat lawak gile-2 , banyak cakap dll .

      Aku sentiasa menangis dan kekadang aku menangis tanpa sebab akibat ganguan emosi dan tertekan sangat . Kadang-2 aku terasa diri aku lemah sangat dan badan aku dengan tetiba panas , muka merah . Semua berlaku tanpa sebab , kadang-2 pula aku terasa diri aku sejuk sangat dan dengan tetiba muka aku pucat , bibir aku kering dan pucat , mata aku lesu dll . Aku selalu kuar pakai make up terutama sekali dekat bibir aku untuk lindungi wajah yang penuh kesakitan dan kelemahan .

      Benda nie terjadi dari kecil lagi dan aku fikirkn positif je , mungkin perkara biasa . Aku hilang selera makan aku , sampai kadang-2 sehari aku cuma makan sekping roti gardenia sahaja , aku pernah cuba makan gak tapi aku akan muntah balik . So better aku tak payah makan kan macam tu dari membazir je aku buang , haha . Dari aku berisi sikit dulu , makin kurus aku .

     Berat Badan aku turun mendadak je sampai kan kt tangan aku , perut aku , kt bahu bawah leher bahagian depan nampak da tulang . Tak lama lagi jadi laa aku macam penyakit anorexia , errrr seram pula aku ! Kadang-2 aku rasa resah gelisah atau tak sedap hati ataupun tak sedap badan dengan tetiba dan tanpa sebab je . Aku sekarang berkurung dekat rumah je , duduk dalam bilik diam2 sahaja . I'm lost !

     1 day aku dapat tau mak aku ada 1 penyakit keturunan , dan 50% aku akan ada juga penyakit tu . Aku kaji kesan-2 penyakit tu dan semuanya aku ada . Ya allah bila aku tahu aku rasa macam aku tak berpijak dibumi ni dan baru aku sedar aku harus lepaskan sesuatu dan kalau boleh dalam keadaan dia benci aku supaya dia boleh hidup tanpa aku . Aku kuatkan semangat aku untuk berkata-2 kasar denngannya untuk buat dia benci aku .


     Aku berdoa padaMu Ya Allah Ya Tuhanku , kau permudahkanlah segala urusannya , Kau bukakanlah dan lembutkanlah hatinya pada setiap apa yang berlaku , Kau berikanlah jodoh terbaik untuknya . Dan dia laa CINTA TERAKHIR SAYA :') . Awak jangan lupakan saya kalau 1 hari saya pergi dari hidup awak , saya akan sentiasa berdoa untuk awak , berharap yang terbaik setiap apa yang berlaku dalam hidup awak dan berubah laa ya sikap baran awak dll .


   Saya ingatkan lepas apa yang terjadi dalam hidup saya dulu , saya berhenti dr mencintai ternyata tak dan saya jumpa awak dan saya masih mampu mencintai awak . Saya dengar segala kata-2 awak , saya lakukan apa yang awak suruh , saya berikan seluruh hati saya kepada awak dan berharap awak hargainya . Tapi semuanya tak seperti yang saya harapkan mungkin ada hikmah disebalik ini .


     Dulu aku pernah hilang CINTA dirampas orang dan 1 hari nanti aku akan kehilangan CINTA TERAKHIR aku dirampas oleh ajal dan maut . Disaat tu lah berakhir segala penderitaan yang aku alami , aku minta halalkan setiap apa yang aku makan atau guna duit sesiapa dan maafkan lah disetiap atas segala kesalahan sekiranya aku pernah sakiti hati sesiapa .


     Cinta yang saya beri untuk awak sangat bernilai dan berharga kerana saya tak mampu cintai dan sayangi lelaki lain selain awak , segala rasa yang saya rasa sepanjang hidup saya sama ada gembira , sedih , ketawa , menangis , senyum , muram segala- nya lumrah hidup dan pinjaman semata2 di dunia yang tiada kekal . Semuanya akan pergi bila tiba masa , kita mampu merancang hidup kita dan segalanya tapi Allah yang menentukan segala yang berlaku .

Inilah aku sebenarnya tanpa make up , tak edit and 100% asli ketika sakit dan masih mampu senyum :").


                                                                              Ikhlas dari  Fatin Syahirah